KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik lesen perniagaan dan tidak membenarkan dua pemiliknya daripada memulakan sebarang perniagaan di ibu kota, seumur hidup.
Peguam M Pravin yang mewakili pemilik kelab itu, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram ketika dihubungi berkata permohonan itu akan di dengar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.
Kedua-dua mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas dan menamakan, DBKL, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden.
Mereka memohon mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan membatalkan lesen kelab itu adalah menyalahi undang-undang dan keputusan yang dibuat Jalaluddin dan juga kementerian untuk tidak membenarkan mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup, malah di bawah nama dan syarikat lain adalah tidak berperlembagaan.
Mereka juga memohon satu perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan itu atas alasan meraka mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan perniagaan dengan lesen yang sah dalam bandar raya ini.
Dalam afidavit sokongan mereka, kedua-duanya berkata pada 17 Ogos tahun lepas Jalaluddin telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Jawatankuasa Pelesenan DBKL membuat keputusan untuk membatalkan lesen kelab komedi itu berkuat kuasa 30 Julai dalam tahun sama dan pemiliknya disenaraihitamkan seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan mereka di Kuala Lumpur, dan ini telah menjejaskan mereka selaku usahawan.
Mohamad Rizal and Shankar juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang surat atau notis rasmi daripada DBKL mengenai perkara itu.
Mohamad Rizal sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 22 Julai lepas terhadap tiga pertuduhan jenayah iaitu membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Rizal van Geyzel, Instagram 'rizalvangeyzel' dan TikTok 'rizalvangeyzel', antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Mohamad Rizal (gambar) and Shankar juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang surat atau notis rasmi daripada DBKL mengenai perkara itu. - Gambar fail/ Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.
Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Tertuduh, Rizal Van Gezyel, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.
Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini
Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).
Pemilik kelab komedi dakwa diugut
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.
Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.
Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.
Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).